WARKAH KU
EDISI 07 / 08
ISNIN 14 JANUARI
05 MUHARAM 1429                                                

14 JANUARI - 30 JANUARI 2008
BIL 4
KEMBALI BERSUA
Assalammualaikum dan salam sejahtera….

     Hai! kawan-kawan…Bertemu kita kembali dalam tahun yang lain dengan azam dan semangat yang baru untuk terus melangkah ke semester yang baru…Tidak lupa juga kepada adik-adik yang baru menginjakkan kaki di Kolej Uniti...Akak ucapkan selamat datang dan semoga berjaya menempuh fasa baru dalam kehidupan adik-adik..Jangan jadikan segala kekurangan yang ada di sini sebagai pematah semagat adik-adik semua..Beramah mesralah dengan akak dan abang senior di kolej mahupun di asrama..Ringankan mulut adik-adik dalam mengucapkan salam dan menghulurkan senyuman…Kepada pelajar senior perbaikilah kelemahan yang berlaku pada semester lepas pada semester ini…Buang sikap negatif dan gantikan kepada sikap positif…Marilah kita sama-sama mengeratkan sillaturrahim sesama kita..Semoga kita dilindungi Allah dan sentiasa hidup dalam rahmat-Nya….INSYAALLAH…..

AZAM TAHUN BARU
Selamat Tahun Baru 2008 saya ucapkan kepada semua pembaca WARKAH KU..Sempena tahun baru ini, pastinya ramai yang akan membuat AZAM dalam hidup mereka..Namun sejauh manakah AZAM itu ditunaikan?? Adakah ia sekadar satu trend bagi melengkapkan sambutan tahun baru?? Dan sejauh manakah kita, si pembuat AZAM tahu apakah yang dimaksudkan dengan AZAM…AZAM ialah satu target atau matlamat yang positif yang mana seseorang buat untuk dicapai..Matlamat inilah yang menjadikan seseorang itu sentiasa berusaha untuk menjadikan mereka lebih baik dari sebelumnya… Oleh itu, setiap orang perlu memastikan mereka mempunyai AZAM dalam diri mereka bagi mengubah mereka menjadi seorang yang positif dan bermatlamat…Namun harus diingatkan kepada diri kita, adakah AZAM yang sebelumnya sudah dicapai ataukah ia sekadar AZAM yang tinggal AZAM sahaja…Nasihat saya kepada diri saya dan kawan-kawan, bersama kita berusaha melaksanakan AZAM yang lepas sekiranya tidak tercapai..Ini kerana tidak mustahil sekiranya AZAM yang baru tidak akan tercapai sekiranya kita membiarkan AZAM yang lama berlalu begitu sahaja tanpa dicapai….
SAMBUTAN AWAL MUHARAM

    Baru-baru ini umat islam telah bersama-sama menyambut bulan
yang mulia dalam sistem kelendar Qamariah iaitu Awal Muharam
pada 10 Januari 2008 (Khamis). Bulan ini merupakan satu
permulaan bagi Rasullullah S.A.W dalam menyebarkan dakwahnya..
Ia juga merupakan penghijrahan yang terbesar yang berlaku dalam
islam dimana penduduk Makkah yang setia terhadap agama islam
sanggup meninggalkan tanah kelahiran demi menegakkan
syiar Islam.Mereka juga sanggup berkorban nyawa mahupun harta benda.

      Oleh itu,bacaan doa akhir tahun sebelum maghrib dan doa awal tahun selepas maghrib dibaca secara beramai-ramai pada hari Rabu malam Khamis. Sehubungan dengan itu, Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian (EPIK) telah mengadakan ceramah sempena menyambut Awal Muharam.Walaupun program ini diadakan secara kecil-kecilan namun ia tetap berjalan dengan lancar..Seramai lebih kurang 50 orang pelajar yang hadir ke majlis itu.Antara pensyarah yang hadir Ustaz Razman Bin Ibrahim dan Cikgu Shahrul Nizam.Pihak EPIK telah menjemput Ustaz Mohd Sofee Bin Mustafa selaku penceramah.

      Penceramah telah memperdengarkan kepada kami pelbagai cabaran yang telah dilalui oleh Rasullullah S.A.W dalam melaksanakan perintah Allah.Antaranya bagaimana penerimaan Quraisy tentang islam, rancangan untuk membunuh Rasullullah S.A.W, pengorbanan Abu Bakar dan Asma' dalam menjamin keselamatan Rasullullah S.A.W, pembinaan Masjid Quba' dan perasaan gembiranya orang Madinah dalam menyambut ketibaan Rasullullah S.A.W..Rentetan dari peristiwa itu maka jadilah Madinah sebagai pusat islam yang pertama.

      Selesai sahaja majlis, tetamu dihidangkan dengan sedikit makanan..
Walaupun kita pernah mendengar kisah ini berulang kali
namun ia belum cukup untuk memastikan kita dapat mengingati
kisah ini sepenuhnya..Namun ada juga segelintir pelajar
yang tidak mengambil peluang ini untuk menambahkan ilmu
mereka dengan menghadirkan diri dalam program ini..
Diharap pada masa akan dating kita beramai-ramai dapat
meluangkan masa untuk program sebegini.Ini kerana program
seperti ini memberi manfaat kepada kita sebagai umat islam. 


NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA:
"..Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin, tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesame umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.."

MANUSIA YANG DIKUTUK ALLAH DAN
RASULNYA

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : 6 jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah S.W.T juga mengutuk, pada
hari kiamat kelak Allah S.W.T. tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka ialah:-

1. Orang yang menambah-nambah maksud tafsiran Al-Quran
   (takwil yang menyimpang)
2. Orang yang mendustakan kepada takdir Allah S.W.T.

3. Orang berkuasa tapi takbur, dia memuliakan orang yang
    dihinakan oleh Allah S.W.T sebaliknya menhina orang yang
    dimuliakan oleh Allah S.W.T.

4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh
    Allah S.W.T di tanah haram.

5. Orang-orang daripada umatku yang menghalalkan sesuatu yang
    diharamkan oleh AllahS.W.T.

6. Orang-orang daripada umatku yang meninggalkan sunnahku. 
 
       

PROGRAM MINGGU
JALINAN MESRA (MJM 2008)


Pada 04 Januari yang lalu, pihak Kolej Uniti telah menganjurkan satu program bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baru di Kolej Uniti.Program ini telah diketuai oleh Ustaz Mohd Sofee Bin Mustafa selaku pengarah program..Ia telah disertai oleh seramai 62 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang pelajar perempuan dan 09 orang pelajar lelaki.Minggu Jalinan Mesra (MJM) ini telah menggabungkan pelajar dari pengambilan sesi ogos 2007 dengan pengambilan pelajar baru…Ia telah dijalankan selama tiga hari dua malam.Semua pelajar,fasilitator dan pensyarah yang terlibat telah bermalam di Kolej Uniti..

     Program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah program dan diikuti dengan taklimat MJM oleh ketua-ketua fasilitator…Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi melahirkan mahasiswa yang berdisiplin..Aktiviti-aktiviti ini telah dibahagikan dalam beberapa slot yang mana setiap slot itu telah diketuai oleh seorang fasilitator…Slot pertama dimulakan dengan praktikal ibadah.Slot ini membincangkan tentang cara-cara solat, berwudu', mandi, wajib dan aurat yang betul mengikut islam..Ia juga telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengutarakan kemusykilan mereka tentang ibadah kepada Ustazah Hayati Binti Mohd Zari dalam sesi soal jawab…Slot kedua ialah slot bersama Mentor yang mana setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang fasilitator dan dipantau oleh seorang pensyarah..Di dalam slot ini pelajar perlu memperkenalkan diri mereka dan bercerita tentang azam, sebab mereka belajar di kolej Uniti dan suasana pembelajaran yang mereka inginkan...Slot ketiga pula membincangkan tentang keluarga masing-masing dan kemudian diadakan debat diantara lelaki dan perempuan yang bertajuk "ANAK LELAKI PUJAAN HATI, ANAK PEREMPUAN RACUN DIJIWA".Slot yang terakhir bersama fasilitator ialah slot "Aku punya ketahanan diri".Semua aktiviti yang diadakan dalam slot ini menguji kepintaran dan ketahanan fizikal pelajar dalam menyelesaikan masalah..

      Selain slot bersama fasilitator, terdapat juga aktiviti sukan diantaranya sukaneka dan Tour D Uniti.Apa yang mencabar pada MJM kali ini, pelajar telah dibawa menjelajah belantara yang mana tidak pernah dibuat dalam MJM sebelum ini pada pukul 3.00 pagi…

      Slot yang paling menarik ialah "Malam Muhasabah" yang telah dikelolakan oleh En. Saiful Nizam Bin Ab. Shokor. Slot ini telah membawa peserta mengenang jasa seorang ibu yang telah bekorban segalanya untuk mereka.Semoga slot ini dapat menginsafkan peserta dan kepada fasilitator itu sendiri.

      Program ini telah ditutup oleh En. Saiful Nizam Bin Ab. Shokor sekaligus menjadikan mereka sebagai Mahasiswa Kolej UNITI.

"MAHASISWA UNGGUL PEMANGKIN JENERASI BERKARISMA"